
Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang. Terutama golongan muda yang bekerjaya. Tetapi apa yang mereka tidak tahu hutang rumah sangat tricky. Ramai peminjam yang terbelenggu dengan hutang rumah tak berganjak kerana mereka tidak tahu tentang interest loan rumah.
Maka tidak hairanlah apabila ramai yang terjerat dengan hutang di awal usia. Ramai yang tidak tahu bahawa hutang rumah pun sahaja boleh meningkat, malah hutang rumah juga ada yang tidak berganjak. Sehingga mengalami kesukaran untuk membuat bayaran.
Perkara sama dialami En Wan, 25 tahun. Selepas dia membuat pinjaman kewangan bagi membeli rumah idaman. Selepas berjaya mendapatkan pekerjaan pada 2007.
“Ini mungkin akibat serik berpindah randah sejak kecil. Gaji ayah yang kecil dan tak mampu membuat pinjaman perbankan.”
Menurutnya, bagi memudahkan urusan pinjaman, dia membuat permohonan kad kredit supaya institusi kewangan dapat melihat kemampuan kewangan menerusi bayaran balik pinjaman. Susulan daripada itu, dia berjaya mendapatkan pinjaman kewangan bagi membeli sebuah rumah di Taman Dagang, Ampang di Selangor pada harga RM280,000.
Bank naikkan interest loan rumah
“Bayar installment pada masa itu adalah RM1,800 sebulan dan tanpa sedar interest loan rumah bulanan adalah RM1,600 manakala hutang pinjaman adalah RM200 sebulan. Bayaran awal memang okay sehingga saya ditimpa kesusahan dan terlepas bayaran beberapa bulan. Rupanya, bank ada kuasa naikkan kadar interest loan rumah tanpa memaklumkan kepada saya. Jadi bayaran bulanan sebanyak RM1,800 setiap bulan adalah untuk faedah semata-mata dan tidak termasuk hutang pinjaman,” katanya.

Menurut Wan Zullnaidi, dalam tempoh tersebut dia dihubungi institusi perbankan yang menyatakan mereka berbesar hati untuk turunkan bayaran bulanan kepada RM1,600 bagi memudahkannya membuat bayaran.
Bersetuju dengan tawaran yang diberikan itu, dia bagaimanapun terkejut apabila mendapat penyata tahunan selepas kira-kira empat tahun membuat bayaran seperti dijadualkan. Ia berikutan nilai pinjamannya bukan sahaja tidak berkurang malah semakin bertambah.
Menjelaskan mengenai situasi yang berlaku, ujarnya, ia berikutan dia dianggap berhutang sebanyak RM200 setiap bulan apabila bayaran bulanan adalah RM1,600 manakala kadar interest loan rumah sahaja adalah RM1,800 sebulan.
Hutang RM250k jadi RM300k.
“Apabila hutang bertambah, interest loan rumah pun bertambah kerana ia adalah interest atas baki hutang. Daripada RM1,600 kepada RM1,800 dan seterusnya RM2,000 dan RM2,200 setiap bulan. 2011 baru sedar hutang yang diambil hanya RM250,000 telah berkembang menjadi RM300,000,” katanya lagi.
Situasi yang berlaku itu membuatkan dia cuba bertemu dengan pengurus bank berkaitan.
Ujar Wan Zullnaidi, dia kemudian ditemukan dengan seorang pegawai bank dan berkongsikan penyelesaian untuk masalah yang dialami.
Memang terperangkap hutang sampai kiamat.
“Menyedari memang terperangkap hutang sampai kiamat, saya nekad mencari solusi dan insaf. Saya mula masukkan semua pendapatan saya untuk bayar amaun prinsipal. Bayaran perlu dibuat di kaunter dan kena nyatakan untuk amaun prinsipal. Jika dibayar melalui transaksi atas talian, jumlah lebihan itu akan disimpan sebagai installment seterusnya.” ujarnya yang kini berjaya keluar ‘perangkap’ bank.
Dalam pada itu, dia turut menasihati anak muda yang ingin membuat pinjaman kewangan untuk membeli aset supaya memeriksa berapa kadar faedah berbanding bayaran prinsipal setiap bulan.
Malah dia juga berharap supaya bayaran prinsipal diutamakan terlebih dahulu berbanding keinginan untuk hidup mewah mahupun bercuti.
Untuk lebih lanjut sila ke funnel saya untuk tahu cara-cara menyelesaikan masalah hutang hartanah yang membelenggu diri anda atau sila tekan link ini fisaalam.com
https://www.facebook.com/profile.php?id=100087858386004
Leave a Reply